Anugerah Gemilang Ekelas Kembali Lagi

11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Seperti tahun – tahun sebelum ini, kami menjemput para pelajar Ekelas Maxis untuk menyertai program Anugerah Gemilang Ekelas 2019 pada tahun ini, dimana pihak Maxis akan memberikan ganjaran kepada pelajar yang berusaha dan Berjaya menunjukkan peningkatan dalan pembelajaran di sekolah. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf para pelajar eKelas yang telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam pembelajaran yang paling ketara. 1 subjek, 2 subjek atau 3 subjek meningkat, semua akan ada hadiah dan juga akan diraikan pada bulan Mac nanti.

Permohonan untuk Anugerah Gemilang 2019 ini akan boleh dimohon melalui pengisian boring atas talian iaitu di Portal Ekelas dan tarikh penyertaan bagi Anugerah Gemilang ini dibuka sehingga 31 Januari 2020.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali